PROGRAM IHYA RAMADHAN
( ANJURAN PANITIA PEND.ISLAM KOLABURASI BERSMA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SKPTLDM )
2019M / 1440H
PENDAHULUAN
Ramadhan
datang lagi. Bulan Ramadhan adalah bulan yang ke sembilan dalam kalendar
Hijriah. Bulan Ramadhan adalah bulan AL-Quran sebagaimana yang diketahui umum.
Kasih saying Allah meliputi segala sesuatu dengan memberi peluang kepada
hama-hamba Nya beribadah pada bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan juga adalah bulan
berganda di mana setiap amalan kebaikan akan diberikan balasan berganda. Dalam
sebuah hadis mafhumnya :
Diriwayatkan
dalam Sahih Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi bersabda:
"Setiap
amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas
sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala
berfirman, 'Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang membalasnya. la telah meninggalkan syahwat,
makan dan minumnya kerana-Ku.' Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, Iaitu
kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya.
Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi."
Dalam hadis lain
Dari
Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika bulan Ramadhan
datang, maka seluruh pintu surga dibuka dan seluruh pintu neraka ditutup, serta
syaitan-syaitan dibelenggu." (Riwayat Muslim)
Dalam bulan Mei ini juga terdapatnya
hari kebesaran am yang disambut di Negeri Sabah dan Sarawak iaitu Kaamatan dan
Gawai. Maka amatlah bertepatan untuk mewujudkan konsep Mahabbah Wa Taawun di
kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di realisasikan dalam persekitaran
sekolah melalui pendidikan tidak formal.
TEMA PROGRAM
RAMADHAN : MAHABBAH WA TAAWUN
OBJEKTIF
1. Menggalakkan murid menjalani ibadah puasa
seawal tujuh tahun melalui tarbiyah.
2. Menggalakkan
semua warga sekolah untuk berinfaq dalam membantu sesama ummah yang berada
dalam kesusahan.
3. Menggalakkan
murid-murid dan warga sekolah mendekatkan diri dengan Al-Quran melalui amalan
bertadarus di waktu terluang supaya menjadi amalan sepanjang hayat.
4. Memberi
pemahaman kepada semua murid dan warga sekolah tentang perbezaan puasa di
antara umat-umat terdahulu yang masih diamalkan pada zaman ini.
5 Menggalakkan
semua warga sekolah mencintai tulisan jawi melalui aktiviti-aktiviti sampingan
sepanjang program ini.
6 Menggalakkan
kerjasama dalam pembangunan sahsiah pelajar-pelajar melalui penglibatan warga
setempat dan ibubapa.
7 Menanamkan kesefahaman dalam pendidikan
di antara warga sekolah dengan warga setempat dalam peningakatan imej dan
pembangunan sekolah smada dalam bentuk pembangunan insan atau persekitaran
pembelajaran yang lebih kondusif.
Tarikh
: Bermula 3 Mei 2019 sehingga bermula cuti Hari
Raya Idul Fitri
Bersamaan 27 Syaaban 1440 Hijriyah