SIMULASI
ZAKAT FITRAH
(
ANJURAN PANITIA PEND.ISLAM )
2019M
/ 1440H
1. PENDAHULUAN
Zakat adalah merupakan adalah salah satu daripada rukun Islam yang
wajib ditunaikan. Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya
adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya
pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau
perempuan dan berakal atau tidak.
Program ini
adalah sebagai tambahan kepada Program Ihya Ramadhan 2019 M/1440 H di akhir
sesi persekolahan penggal pertama. Ianya juga adalah berkaitan dengan sukatan
Pelajaran PEndidikan Islam Tahun 1 hingga 6.
2. MATLAMAT
Sebagai
salah satu usaha untuk memberi pemahaman, pemantapan akan kewajipan berzakat
diperingkat sekolah terutamanya kanak-kanak agar ianya menjadi ingatan dan
kewajipan bagi setiap individu muslim.
3. RASIONAL
Program ini
dirancang untuk pemahaman secara simulasi tentang zakat, amil, ijab dan Kabul
dalam pembayaran zakat..
4. OBJEKTIF
2.1. Menggalakkan
murid memahami rukun Islam secara mendalam
2.2. Menghayati
kepentingan zakat fitrah sebagai suatu kewajipan.
2.3. Memahami
kenapa zakat adalah kewajipan yang wajib ditunaikan
2.4. Menghayati
bahawa setiap insan mempunyai hak-hak tertentu yang disimpan dan diperolehi
daripada yang lain.
5. SASARAN
Semua murid muslim SKPTLDM
6. JANGKA MASA/TEMPAT
Tarikh
: 24 Jun 2019 bersamaan 19 Ramadhan 1440 H
Hari
:
Jumaat .
Masa
: 10.10 hingga 11.30 Pagi
Tempat :
Dewan Terbuka dan Persekitaran Sekolah
7. KAEDAH/ METODOLOGI
7.1. Murid membuat samada melukis atau
menulis wang bernilai RM7 (guru matapelajaran)
7.2. Melantik 10 orang amil dari
kalangan murid Tahun 5 dan 6 dan diajar Ijab dan Kabul
7.3
Simulasi Pembayaran Zakat dengan Ijab dan Kabul
7.4 Penerangan (Tazkirah Ringkas) Zakat