MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN ANUGERAH J-QAF 1441/2019
24 OKTOBER 2019 BERSAMAAN 25 SAFAR 1441
DEWAN SERBAGUNA PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU
Tema dipilih adalah berdasarkan kepada Nas yang diambil daripada Tafsir surah Al-An’am ayat 127 dari tafsir Imam Ibnu Kathir yang mafhumnya :
“Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.”
Dan potongan Hadis Nabi s.a.w :
Dari Buraidah al-Aslami r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
“Akan dipakaikan di kepalanya (yakni penghafaz Quran) mahkota dan kedua ibu bapanya pula akan diberikan perhiasan yang tidak mampu dimiliki oleh penduduk dunia. Lalu mereka bertanya: “Mengapa kami diberi perhiasan seperti ini?”. Allah swt menjawab: “Kerana anak kamu mempelajari Quran”. Kemudian dikatakan kepadanya: “Bacalah dan naiklah ke tingkat-tingkat syurga dan bilik-biliknya”. Dia akan terus naik selama dia membaca Quran”.
(Riwayat Imam Ahmad )
BAABUSSALAM : SUATU SIMBOLIK
"MENUJU BAABUSSALAM"
Firman Allah :
لَهُمْ دَارُ السَّلَامِ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۖ وَهُوَ
وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat
tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka,
disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.
(Al-An'aam 6:127)
Diangkat dari Kalamullah surah Al-An'am
ayat 127.
Ringkasan tema :
Perjalanan menuju pintu kesejahteraan
disebabkan amal-amal kebaikan yang dilakukan semasa di dunia.
Demikian itulah Majlis ini berdasarkan tema
MENUJU BAABUSSALAM di mana dalam tidak sedar mengajak seluruh warga SKPTLDM KK
samada secara langsung atau tidak langsung untuk bersama-sama dalam menuju ke
pintu kesejahteraan dari sebelum, semasa dan selepas majlis serta berterusan
dalam mengumpul amal-amal kebaikan hanya kerana Allah. Amal-amal yang dilakukan
samada besar atau sekecil manapun yang telah disumbangkan dalam majlis ini.
Juga mengharapkan ihsan daripada mereka
yang ditinggikan darjatnya pada hari ini untuk memberikan belas ihsan walau
sedikit ketika berhadapan dengan pengadilan.