Thursday, August 13, 2020

CABARAN LAGU DAKWAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1442 DAN SENI KHAT KEMERDEKAAN

1. CABARAN NYANYIAN LAGU DAKWAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1442 H






MATLAMAT :
1. Memperkembang bakat dalam lagu-lagu dakwah sebagai imarah sambutan Maal Hijrah.
2. Mengaplikasi kemahiran menggunakan video dalam suasana penjarakan fizikal dalam mengelak perhimpunan dan menyebabkan kebarangkalian penyebaran Covid-19.
3. Menghayati dakwah dengan pelbagai cara.
4. Menanam sifat dakwah kepada peserta.

SYARAT PENYERTAAN:

1. Penyertaan terbuka kepada semua murid SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu sahaja.


2. Penyertaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu TAHAP 1 dan TAHAP 2.

3. Hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan.

4. Penyertaan hanya boleh dibuat
4.1 Solo sahaja

5. Lagu yang dipilih hendaklah berbentuk dakwah atau nasihat.

6. Tidak dibenarkan dalam bentuk QASIDAH, SALAWAT atau ZIKIR.

7. Lagu yang dipilih adalah lagu-lagu yang terdapat di mana-mana channel Youtube atau CD Karaoke yang berunsur dakwah sahaja

8. Tidak dibenarkan mengubah senikata yang terdapat di dalam lagu berkenaan.

9. Lagu hendaklah dirakam menggunakan Talifon Bimbit dalam bentuk MP4.

10. Lagu mesti menggunakan MINUS ONE

11. Dibenarkan menggunakan MIKROFON dan SPEAKER untuk kejelasan bunyi.

12. Rakaman boleh dibuat di rumah atau mana-mana tempat yang sesuai dengan pematuhan SOP dan penjarakan fizikal.

13. Ibubapa dibenarkan membantu anak samada membuat rakaman atau pemilihan lagu mengikut kesesuaian suara anak.

14. Pakaian semasa rakaman : PEREMPUAN mestilah menutup aurat. LELAKI kemas dan menutup aurat.

15. Rakaman yang telah siap hendaklah dihantar melalui APLIKASI TELEGRAM di alamat https://t.me/persatuanagamaislam

16. Penyertaan boleh juga dihantar melalui alamat email : pixba4090@gmail.com

17. Pastikan video yang dimuat naik mengandungi NAMA PENUH, KELAS/TAHUN dan TAJUK LAGU serta PENYANYI ASAL LAGU BERKENAAN (untuk rujukan HAKIM)

18. Video penyertaan tidak boleh disunting atau diedit menggunakan apa-apa aplikasi. Video yang dimuatnaik hendaklah asli.

19. Tarikh TUTUP PENYERTAAN adalah pada 22 OGOS 2020 (SABTU) sebelum jam 12.00 tengahmalam.

20. Penyertaan yang dimuat naik selepas jam 12.00 tengahmalam tidak akan dilayan.

21. Keputusan para hakim adalah muktamad.

22. Hadiah akan disediakan JOHAN, NAIB JOHAN dan KETIGA bagi setiap kategori.

23. Setiap penyertaan dalam cabaran ini akan diberikan markah PAJSK oleh Unit Kokurikulum sekolah.

 





2. PERTANDINGAN SENI KHAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN



 

1. Penyertaan terbuka kepada semua murid TAHAP 1 dan 2 SK PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU SAHAJA.

2. Tulis semula TULISAN KHAT seperti di dalam gambar di bawah dengan kemas.




3. Anda boleh menggunakan PEN KHAT atau PENSEL KHAT atau ROTAN yang di asah menjadi pensel KHAT sahaja.

4. Tidak dibenarkan menggunakan MARKER PEN untuk menulis kerana ianya akan menjejaskan sudut tajam seni khat.

5. Hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan.

6. Tulisan mestilah ditulis di atas KERTAS DRAWING BLOCK (Kertas Lukisan)

7. Ibubapa hanya dibenarkan membantu memberi idea dan pandangan sahaja. Tidak dibenarkan membantu samada menulis atau menghias.

8. Diwajibkan menambah hiasan pada khat yang bertemakan KEMERDEKAAN 2020.

9. Hantar hasil seni Khat anda kepada Guru Pendidikan Islam kelas masing-masing sebelum atau pada 24 OGOS 2020 (Isnin)

10. Pastikan Anda menulis NAMA dan KELAS di belakang kertas sebelum menghantar hasil.

11. Penghantaran penyertaan selepas 24 Ogos 2020 tidak akan diterima.

12. Setiap penyertaan dalam pertandingan ini akan diberikan markah PAJSK Kokurikulum sekolah.

13. Hadiah akan disediakan mengikut kategori TAHAP 1 dan 2.

14. Keputusan hakim dalam penilaian adalah muktamad.