Friday, March 05, 2021

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KAMI

 




Dengan Nama Allah

Kami di Panitia Pendidikan Islam

Dan juga Panitia Bahasa Arab

Juga mewakili semua guru SKPTLDM KK

Dengan rasa rendah hati

Mengucapkan berbanyak terima kasih yang kami tidak mampu lafazkan samada melalui lisan mahupun Kitabah kepada semua ibubapa SKPTLDM KK

Yang berjuang, yang membantu, tidak kira bantuan dalam bentuk apa sekalipun yang diberikan kepada kami selama PDPR berjalan sejak tahun 2020 hinggalah berakhirnya PDPR pada hari ini 05 Mac 2021.

Kami semua guru-guru SKPTLDM KK dengan rendah hati kami


Memohon ampun dan maaf andai selama PDPR berjalan, kami menyusahkan semua ibubapa dalam keadaan kami tidak menyedarinya. Tidak kira samada kesusahan dalam beban apa sekalipun.

Semoga dengan pengorbanan ibubapa sekalian, Allah akan memberikan segala rahmat Nya dalam segala bentuk tanpa terputus sehinggalah ke hari akhir kelak.

Semoga dengan pengorbanan ibubapa sekalian tidak kira infaq, tenaga, idea atau ap sahaja samada kecil atau besar, di sana kelak akan bangkit menjadi saksi utama ketika pengadilan.

Semoga pengorbanan itu juga, akan menjadikan para Malaikat beratur dengan senyuman di pintu-pintu rumah tuan dan puan sehinggalah senyuman itu mengiring tuan dan puan sekeluarga berpimpinan memasuki Jannah dengan melalui mana-mana pintu yang di sukai.

Semoga juga Allah akan membukakan pintu-pintu rezeki dengan memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada tuan dan puan semua.

Allahumma Ta'ala Amin Ajib Du'a ana wa Hajatana Ya Robbul Jalil Ya Sami' Ya Bashir wa Ya Mujiib

Terima kasih sekali lagi

Marilah kita bersama perkukuh Mahabbah

Dan Pertaut Ta'awun