Wasiat Imam Hasan Al-Banna
Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. Allah swt. berfirman,
"Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dan mereka itu," (Al-Qashash: 5-6)
Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah lah harapan kita satu-satunya. Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana boleh jadi engkau tidak dapat berbuat apa-apa di esok hari.
Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.
Allah swt. berfirman,
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, sungguh akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)
Hanya Allah lah Zat yang Maha Agung, bagi Nya segala puji.
(At-Thariq ilal quluub : Syeikh Abbas Hasan As-Siisi)
KALAM MUTIARA
MUHASABAH YANG MUNASABAH
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang
hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak
kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi
dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang
kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang
yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang
pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap
mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan
menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak
berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima
kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
Orang yang bahagia itu akan selalu
menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan
waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk
berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil
di sisi Allah,laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka
itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum, baik kepada rakyat
maupun kepada keluarga
Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya
tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk
Hiduplah Sesuka hatimu, Sesungguhnya kamu
pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, Sesungguhnya kamu pasti akan
berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, Sesungguhnya kamu
akan memperolehi balasannya.
Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali
dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak
ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi
shadaqah kecuali niat yang ikhlas.Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan
dan keamanan.
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata
yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama
sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari
makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam
hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri
anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan
teman hidup.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Fikiran yang terbuka dan mulut yang
tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan.
Semakin banyak Anda berbicara tentang diri
sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong.
Jika Anda tidak boleh menjadi orang pandai,
jadilah orang yang baik.
Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan
yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada
kekurangan kesungguhan dan kemahuan.
Seorang teman sejati akan membuat Anda
hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingati Anda
dalam doa-doanya.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang
lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian
pada orang yang ketakutan.
Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang
akan kita terima kelak.
Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah
yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.
carilah kesempatan dalam apa jua perkara
demi keharmonian dan kesejahteraan hidup kita, yang entah bila berakhirnya.
Tiada siapa tahu..
Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik
memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit.
Yang penting bukan berapa lama kita hidup,
tetapi bagaimana kita hidup.
Nasihat yang baik tidak pernah datang
terlambat.
Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang
akan melukai diri sendiri.
Anda cuma boleh hidup sekali saja di dunia
ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup.
Apabila engkau telah berazam, maka
bertawakallah kepada Allah.
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari
sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi
orang yang berani.
Kenangan indah masa lalu hanya untuk
dikenang, bukan untuk diingat-ingat.
Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi
untuk dihadapi.
Orang bijaksana selalu melengkapi
kehidupannya dengan banyak persahabatan.
Lidah anda yang menentukan siapa anda.
Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah
yang terbaik.
Cinta seringkali akan lari bila kita
mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi, bila ia menghampiri.
Kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada
orang yang membenci kamu, mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu.
Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu - confusius
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu
adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah
zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
Jika Anda tidak memulai hari ini dengan
senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok.
Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah,
dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya
Persahabatan sejati layaknya kesihatan,
nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.
Seorang sahabat adalah yang dapat
mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa
akan bait-baitnya.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela
kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.
Berkenalanlah dengan Allah pada waktu
senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.
Bemuafakatlah dengan diri anda sendiri
sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah
tujuan.
Manusia yang pintar ialah manusia yang
mengambil iktibar daripada sesuatu dilihatnya dan menerima nasihat yang
didengarnya
Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai
adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata.
kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya.
Namun kita tidak akan pernah memiliki
seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua
manusia itu baik kalau kita boleh melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau
kita boleh melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan
membosankan kalau kita tidak boleh melihat keduanya.
Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mahu
belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa
mereka benar meskipun terbukti salah.
Bila Kita mengisi hati kita dengan
penyesalan untuk masa lalu dan kekhuwatiran untuk masa depan, kita tak memiliki
hari ini untuk kita syukuri.