Thursday, August 15, 2019

SESI PERKEMBANGAN STAF


NAMA KURSUS      : SESI PERKEMBANGAN STAF PENGGUNAAN APLIKASI    GOOGLE CLASSROOM
TARIKH                    : 25 JULAI 2019 (KHAMIS)
MASA                        : 10.00 pagi hingga 12.50 Tengahari
TEMPAT                    : BILIK ICT SK. PANGKALAN TLDM
PENCERAMAH       : USTAZ JAMHARI BIN RAFEAL (KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM)

1. Matlamat

1.1 Perkongsian data dan maklumat melalui portal khas secara digital atas talian untuk menyampai dan.menerima maklumat serta maklumbalas yang disampaikan oleh Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu kepada Panitia Pendidikan Islam Sekolah dan dari Panitia Pendidikan Islam Sekolah kepada Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
1.2 Penyimpanan dan penyerahan dokumen-dokumen berkaitan tindak kerja Unit Pendidikan Islam PPD Kota Kinabalu dan Panitia Pendidikan Islam Sekolah.
1.3 Merupakan persediaan bagi penyertaan kursus Google Classroom yang akan dilaksanakan di peringkat PLC.

2. Objektif

2.1 Melaksanakan pengurusan Panitia secara digital atas talian.
2.2 Memperkukuh kemahiran sedia ada guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam penggunaan Google Classroom sebagai salah satu alternatif untuk mencapai maklumat dari sekolah-sekolah lain di daerah ini.
2.3 Mempertingkatkan penguasaan penyimpanan data panitia secara selamat atas talian.

3. Sasaran.

3.1 Guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK. Pangkalan TLDM