1. PENDAHULUAN
Berikhtiar adalah salah satu tuntutan Islam. Sebagai seorang muslim dituntut untuk berusaha dalam melakukan sesuatu sebagai ikhtiar sebelum mencapai apa saja hasil atau kejayaan yang ingin dicapai. Manakalah Tawakkal adalah berserah sepenuhnya kepada Tuhan. Berserah bermaksud adalah berserah dan redha dengan hasil atau pencapaian yang akan diberikan kelak. Maka atas sebab itu, program ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memohon segala kebaikan secara menyeluruh bertunjangkan ibadah dan akidah.
2. MATLAMAT
Sebagai salah satu usaha untuk membantu calon-calon UPSR 2019 mencapai keputusan yang cemerlang di samping sebagai salah satu usaha untuk membantu meningkatkan GPS dalam peperikasaan UPSR.
Program ini juga sebagai salah satu fokus dalam menerapkan nilai-nilai kasih sayang, bantu membantu dan kerjasama dalam pembangunan pendidikan secara menyeluruh bermatlamatkan ibadah dan akidah melalui kolaburatif di antara Guru, PIBG dan ibubapa secara langsung.
3. RASIONAL
Program ini dirancang untuk memantapkan keimanan dan kejernihan hati para calon UPSR, ibubapa dan mereka yang terlibat secara langsung agar mendapat ketenangan dalam menuntut ilmu serta mengamalkan ilmu. Ianya juga diharapkan agar ianya akan menjadi amalan seharian pelajar ketika berada di rumah.
4. OBJEKTIF
2.1. Menggalakkan murid menyakini ikhtiar itu adalah suatu tuntutan Islam.
2.2. Menghayati isi kandungan Surah Yasin sebagai jantung Al-quran yang mampu menenangkan jiwa.
2.3. Bertawakkal kepada Tuhan setelah bermacam usaha telah dilakukan untuk mencapai kejayaan.
2.4. Menghayati bahawa setiap insan mempunyai hajat dan hanya Tuhanlah tempat bermohon agar hajat-hajat itu diperkenankan.
5. SASARAN
5.1 Guru-guru SK Pangkalan TLDM
5.2 Bahagian Pendidikan TLDM
53 Persatuan Ibubapa dan Guru SK Pangkalan TLDM
5.4 Ibubapa murid Tahun 6 SK Pangkalan TLDM
5.5 AJK Masjid Ibnu Bathuthah Pangkalan TLDM
5.6 Pusat Sumber SK Pangkalan TLDM
5.7 Semua murid Tahun 6
6. JANGKA MASA/TEMPAT
6.1 Tarikh : 29 OGOS 2019
6.2 Hari : Khamis.
6.3 Masa : 11.30 pagi hingga 1.30 petang
6.4 Tempat : Masjid Ibnu Bathuthah Pangkalan TLDM (MUSLIM)
Pusat Sumber SK Pangkalan TLDM (PENDIDIKAN MORAL)
BACAAN SURAH YASIN , SOLAT SUNAT DHUHA , SOLAT SUNAT HAJAT DAN TAZKIRAH SETIAP JUMAAT BERMULA 26 APRIL 2019 DI MANA BERMULANYA SATU SESI PERSEKOLAHAN |