Sunday, September 01, 2019

MALAYSIA #QURANHOUR


MALAYSIA #QURANHOUR
       
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DAN
PANITIA BAHASA ARAB



TARIKH : 30 OGOS 2019 / 29 ZULHIJJAH 1440 H

PEMIMPIN BACAAN : ADIK MOHD. AMIRUL BIN MUHD. RAZIB (NAIB JOHAN MTQ PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU 2019)


1.    PENDAHULUAN 

Al-Quran adalah sebagai tali untuk menyatukan ummah seluruh dunia

2.    MATLAMAT 

QuranHour merupakan sebuah kempen berimpak tinggi yang diinisiatifkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan alQuran melalui Baca, Faham dan Amal. Ia adalah sebuah usaha menjadikan nilai-nilai mulia daripada al-Quran membentuk jiwa berbudi dan penyayang sehingga menjadi cara hidup seharian setiap insan. Kempen ini merupakan suatu inspirasi agar manusia mampu  melonjakkan potensi diri berlandaskan kerangka fikir al-Quran.

Penghayatan surah ini dihasratkan memberi persediaan dari perspektif fizikal, emosional, intelek dan spiritual dalam konteks Qurani kepada masyarakat dalam menangani dunia era VUCA (Volatile, Uncertainty, Complexity, Ambiguity). 


3.    VISI

Islah dengan Al-Quran, membentuk ciri-ciri Muslim sejati berasaskan kerangka fikir Al-Quran.

4.    MISI

100 juta ummah berinteraksi dengan Al-Quran seluruh dunia pada hari yang sama Memberi inspirasi kepada ummah untuk berinteraksi bersama Al-Quran. Menyebarkan kebaikan dan membuat perubahan.
5.  TEMA

WORLD #QURANHOUR : DUNIA BERBUDI DAN PENYAYANG 


6.  OBJEKTIF 
            
6.1.            Memberi kefahaman dari Surah Al-Kahfi InsyaAllah menjadi benteng dan landasan agar Ummah berupaya mengemudi kehidupan mengikut panduan al-Quran dari kerangka digariskan oleh Allah S.W.T.

6.2.            World #QuranHour akan menjadi asas penyatuan ummah tanpa mengambil kira perbezaan kedudukan, latarbelakang, ideologi, fahaman politik, ras etnik  mahupun agama; pemimpin mahupun rakyat. Sebaliknya al-Quran, adalah titik temu kebangkitan dan penyatuan Ummah hingga lahirnya sebuah dunia yang Rahmah, Berbudi dan Penyayang.

7.  MODUL BACAAN

SURAH AL-KAHFI 

Model dari kandungan al-Quran yang dirujuk daripada Surah Al-Kahfi menjadi rujukan kepada isu pembangunan dan kaedah menangani cabaran VUCA di era globalisasi. Panduan al-Quran berupaya memaknai kemerdekaan jiwa yang sebenar serta membentuk kitaran sosial yang sihat, aman, harmoni, bertolak ansur, bebas dari sebarang bentuk gejala negatif yang mampu menggugat pembangunan diri dan negara.

Penghayatan isi al-Quran berusaha digarap sepenuhnya dalam usaha mengangkat potensi dan kecemerlangan sebenar yang boleh dilahirkan oleh setiap individu. Dengan memahami dan berinteraksi dengan al-Quran selama sekurang-kurangnya 1 jam sehari selama 365 hari setahun, al-Quran menjadi sumber bimbingan utama dan rujukan untuk meningkatkan jatidiri secara holistik dari aspek fizikal, emosi, spiritual, intelektual dan sosial. Hasil kekuatan dalaman yang terbina inilah akan wujud individu yang merdeka jiwanya dan berupaya melonjak sebuah tamadun bangsa dan negara.


8.  SASARAN 

8.1.            Guru-guru Muslim SK Pangkalan TLDM

8.2.            Murid-murid Muslim yang boleh membaca Al-Quran